CLASS 12 RESLIA



Sahabat
Yang sentiasa ada disisi
Yang sentiasa menemani
Yang  sentiasa bersama
Walau sesakit mana dirasa
Walau bagaimana banyak kekurangan dan kelebihan kita
Walau sesulit mana cabaran yang dihadapi
Sentiasa menerimaDIAlah yang sentiasa disisi...

IBI intake March
love u guys
by Faten farhana

Kata-Kata Indah....



Tiada kesetiaan sekiranyatiada lagi kepercayaan keranakepercayaan adalah kunci kesetiaan.Jangan sesekali memutuskansebarang kenyataan tanpa sebarang penyelidikan dibuatterlebih dahulu.Keranatiada manusia mampu menilaidalaman seseorangdengan hanya melihat dari luaran sahaja.Kita jatuh cinta bukan kerana paras rupa atau harta bendayang diidami manusiaSeharusnya kita bersyukur kepada Tuhankeranamengecapi bahagia selagi hanyat ada...Kehidupan sangat menakutkanandai terus dilaluipasti akan menemui perkara yang sangat menakutkaniaituCINTA...Cinta Allah, indah tak tergambarCinta ibu ayah, kekal hingga ke akhir hayatCintakan saudara, sekejap sajaTetapiCinta sesama insan, sungguh berbisa andainyatak dijaga sebaiknya.."Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi,Cinta ayah bonda tulus suci selamanya,Cintakan saudara masa berada sementara,Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan."

Terima Kasih Ibu


IBU....
Dia yang melahirkan kita sebagai seorang KHALIFAH
Dia yang telah menjaga kita hingga Dewasa
Dia yang tak pernah jemu Menasihati kita
Dia yang Bersusah mencari rezeki untuk khalifah tercinta
Dia yang memberi Kasih Sayang buat Khalifahnya

Sudahkah mampu kita Membalasnya
Setitis air matanya dapatkah kita gantikan
Seluas kasih sayangnya sudahkah kita hargai
Setitik keringatnya sudahkah kita rasai
Semua nasihatnya sudahkah kita ingati

IBU....
Terima Kasih kerana melahirkan seorang Khalifah seperti aku
Terima Kasih kerana tidak jemu menasihati aku
Terima Kasih keran telah menjaga ku
Terima Kasih untuk segalanya...

p/s : Sewajarnya kitalah yang harus memberikan hadiah dan mengucapkan terima kasih kepada ibu kita pada ulang tahun kelahiran kita kerana dialah yang telah melahirkan kita dan menjaga kita, tanpa ibu maka tiadalah khalifah2 seperti kita semua didunia ini.

Wahai Teman..FahamiLah DiriKu...

Setiap kehidupan tak pernah pernah sama seperti yang dirancang... Kelemahan diri ini sering dipermainkan.... Suka, kasih sayang dan cinta tidak boleh berada di satu garisan yang sama.... Suka  tak bererti kita menyayanginya...mungkin hanya sekadar suka untuk berkawan..hanya suka memandang...hanya suka untuk berkenalan... Sayang tak bermaksud kita mencintainya....mungkin hanya sayang sebagai abang...hanya sayang sebagai kawan...hanya sayang sebagai sahabat...ataupun hanya sayang sebagaimana kita menyayangi keluarga kita dan juga kawan-kawan yang lain... Cinta tak bermakna kita memilikinya...tak mungkin dapat memiliki orang kita cintai... Aku pula...sering keliru antara cinta n sayang...namun kini..aku tahu...cinta itu tak mungkin cinta yang sejati, andai kata, kita sekadar menyayangi dia kerana kelebihan yang dia ada... Aku sering lupa...cinta yang kekal abadi itu adalah cinta kepada diri-Nya... Namun aku sering kali di luka kerana sayang ku terhadap dirinya...diri hanyalah ibarat patung yang bernyawa...tangisan ku...kekecewaan ku telah melemahkan diri ku... Namun, kekecewaan demi kekecewaan aku terima membuatkan aku terbuka pintu hati dengan kemarahan dan dendam... Aku lupa pada Dia yang maha Adil...menyebabkan hatiku seringkali silap dalam membuat keputusan... Selepas luka yang dalam dan kesan yang amat menyakitkan...aku bangkit dan kelukaan dan kekecewaan, menjadikan ia sebagai kekuatan diri...kesalahan dan kesilapan aku yang lalu telah aku jadikan pengajaran untuk ku.... Setelah aku bangkit dari kelukaan itu, seorang insan meminta agar aku bersamanya... Aku tak pernah lupa untuk berdoa pada-Nya, agar insan ini ikhlas menyayangi ku... Jika dulu, aku akan melawan...jika dulu, aku adalah seorang insan yang panas baran...namun kini...aku hanya berdiam diri jika aku dilukai, aku hanya bersabar walau diriku dihina...walau diriku disakiti...sakit dan perit itu...hanya Dia yang maha Mengetahui saja yang mengetahuinya.... Demi kebahagiaan insan yang aku sayang...walau luka yang aku dapat..walau sakit yang aku rasa...biarpun air mata yang hanya tinggal untuk menjadi kesabaran ku...aku sanggup... Kadang kala, kasih sayang ku untuk seseorang disalah ertikan...kadang kala, mereka tak fahami jika kata suka aku luahkan... Hanya insan yang benar-benar memahami diri ini saja yang mengerti... 

P/S: Setiap  apa yang tertulis, adalah luahan hati ku...benar..aku menyayanginya kerana dirinya dan juga kerana Allah...malah, setiap kekurangan dan juga kelebihan dirinya, aku terima seadanya...aku tidak pernah peduli siapa dirinya... Wahai TemanKu...Fahamilah DiriKu Ini...

KELUKAAN HATI KU

HANYA AKU YANG TAHU

Deritanya aku...
menahan perit dihatiku
melihat insan yang aku sayangi
bahagia bersama insan yang disayangi
hanya aku yang tahu.


Sakitnya aku...
sehingga tak dapat aku gambarkan
dengan kata-kata
kerana dia, aku terluka
hanya aku yang tahu.

Seksanya aku...
seakan mengalir air mataku
kerana dia
terlalu bahagia bersama si dia
hanya aku yang tahu.


Perasaan ku...
Rintihan ku...
Kesakitan ku...

Pedihnya aku...
HANYA AKU YANG TAHU...

JANGAN DI ABAI KASIH SAYANG KU

KasihKu....

Kasihku...
bukan sisa kasih yang tertinggal untuk mu
tapi sayangku yang tak pernah berbelah bagi
malah cinta yang kau biarkan itu masih lagi mekar
mekar kerana rindu yang sarat didada ku.

Kasihku...
masih adakah ruang buat diriku ini
untuk aku terus bertakhta dihatimu setelah kau menemuinya
haruskah aku terus bersamamu
setelah kasih, sayang, dan cinta mu beralih arah.

Kasihku...
haruskah aku yang mengalah untuk dirinya
haruskah aku yang mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
setelah aku merelakan dirimu melukakan hatiku
setelah aku yang terpaksa mengalah untuk permintaan mu itu.















Luahan Rasa HatiKu Yang Sepi

KasihKu....

Kasihku...
bukan sisa kasih yang tertinggal untuk mu
tapi sayangku yang tak pernah terbelah bagi
malah cinta yang kau biarkan itu masih lagi mekar
mekar kerana rindu yang sarat didada ku.

Kasihku...
masih adakah ruang buat diriku ini
untuk aku terus bertakhta dihatimu setelah kau menemuinya
haruskah aku terus bersamamu
setelah kasih, sayang, dan cinta mu beralih arah.

Kasihku...
haruskah aku yang mengalah untuk dirinya
haruskah aku yang mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
setelah aku merelakan dirimu melukakan hatiku
setelah aku yang terpaksa mengalah untuk permintaan mu itu.